Home > Panduan > Isipadu cecair

Isipadu cecair

Pengenalan.

Isipadu cecair adalah salah satu tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran matematik Tahun 2 . Berdasarkan buku teks jilid dua yang diluluskan oleh Kementerian pendidikan Malaysia, murid akan belajar isipadu cecair pada penggal kedua persekolahan.

Ramai murid seringkali tidak memahami konsep isipadu cecair apabila membuat perbandingan. Mereka hanya tidak dapat mentafsirkan kandungan cecair dalam sesuatu bekas apabila saiz berubah. Oleh yang demikian guru memainkan peranan penting dalam membentuk dan mangubah tanggapan murid tentang isipadu cecair.

Definisi Isipadu Cecair.

Isipadu cecair bermaksud kapasiti atau kandungan cecair dalam sesuatu bekas. Semakin besar bekas semakin besar isipadu cecair. Isipadu cecair dapat diukur menggunakan ukuran bukan piawai dan ukuran piawai. Ukuran piawai yang selalu dipelajari di sekolah rendah adalah dalam sistem metrik seperti mililiter (mℓ) dan liter (ℓ)

Video : Bagaimana Isipadu Cecair Diukur. Penerangan Video.

Tayangan video menunjukkan guru menerangkan tiga jenis selinder ( besar, sederhana dan kecil ). Ia digunakan mengikut isipadu yang mahu diukur.  Selinder yang sederhana besar digunakan dengan ukurannya 100ml. Selinder harus diletakkan di atas permukaan yang rata. Cecair dimasukkan sehingga ukuran yang dikehendaki.  Untuk mengetahui isipadu cecair, bacaan harus diambil pada garisan melengkung cecair pada selinder.

Cara bacaan isipadu cecair yang betul dapat dilihat di dalam gambarajah di bawah; 

Gambarajah :  (B) cara bacaan isipadu cecair yang betul.

  

Kaedah pengajaran

1.0 Kategori murid berprestasi rendah

2.0 Kategori murid berprestasi tinggi

 

 1.0 Kategori murid berprestasi rendah

Contoh video;

 

Bahan : bahan bantu mengajar

 

Aktiviti

1. Kemahiran : Mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.

2. Hasil pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.

3. Bahan bantu mengajar : botol air mineral ( kecil), kotak minuman 1liter, air.

 4. Lembaran kerja ( Jadual untuk merekod isipadu)

 5. Langkah-langkah Pengajaran;

      1. Murid berjumlah 30 orang dibahagikan kepada lima kumpulan.

      2. Guru meminta setiap kumpulan melantik seorang ketua untuk merekodkan ukuran yang di sukat.

      3. Guru menayangkan video membandingkan isipadu cecair

      4. Setiap kumpulan disediakan bahan yang sama iaitu satu jag air, gelas, kotak minuman dan botol.

      5. Ketua kumpulan membentangkan rekod isipadu air

Bekas Jag Kotak minuman Botol
Isipadu air dalam bekas _______ gelas _______ gelas _______ gelas

6. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai isipadu yang dicatatkan secara kelas

      a. Isipadu air dalam jag ,kotak minuman dan  botol

      b. Isipadu air dalam ___________ lebih banyak

      c. Isipadu air dalam ___________ paling kurang.

      d. Isipadu air dalam ____________ lebih daripada isipadu air dalam __________

      e. Isipadu air dalam ____________ Kurang daripada isipadu air dalam ________

7.   Guru membuat rumusan tajuk pelajaran dan membuat penegasan iasipadu cecair akan

      berubah jika saiz bekas berubah.

8.    Guru mengedarkan lembaran kerja untuk setiap murid.

Lembaran Kerja

Lengkapkan tempat kosong

1.0 Jug dapat memuatkan ___________ gelas air

 2.0 Cerek dapat memuatkan ____________gelas

 3.0 Kotak susu dapat memuatkan ___________gelas air

 4.0 Mangkuk dan jag dapat memuatkan __________ gelas air.

 5.0 Cerek mengandungi  paling ( lebih  / kurang ) isipadu air

 6.0 Jag mengandungi lebih ( daripada/ kurang ) daripada  isipadu air daripada cerek

 7.0 Kotak susu dapat memuatkan isipadu ( daripada/ kurang ) daripada jug

 

2.0 Kategori murid berprestasi tinggi

Contoh video;

Bahan : bahan bantu mengajar untuk murid berprestasi tinggi

Kemahiran : Mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai liter.

Aktiviti

1. Hasil Pembelajaran : diakhir pembelajaran murid dapat mengukur isipadu cecair menggunakan unit piawai liter

2. Bahan bantu mengajar: selinder penyukat, bikar bersenggat, jag, kotak minuman( kecil)

3. Lembaran kerja ( jadual untuk mencatat isipadu)

4. Langkah-langkah Pengajaran.

1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan meminta setiap kumpulan melantik seorang  ketua untuk merekodkan ukuran 

2. Guru memberi bimbingan untuk mengambil ukuran yang betul pada selinder dan bikar.

3. Guru menayangkan video ( mengukut isipadu cecair)

4. Bersoaljawab tentang tayangan video.

5. Setiap kumpulan disediakan bahan yang sama iaitu selinder, bikar, jag dan kotak  minuman.

6. Murid menjalankan aktiviti dan merekodkan isipadu dalam jadual yang diberikan.

Bekas Kotak minuman Jag Mangkuk Botol
Anggaran ( liter )        
Ukuran ( liter )        

7.  Guru meminta ketua kumpulan membacakan jawapan yang mereka telah catatkan ( Isipadu air yang telah disukat bagi setiap bekas ).

8. Guru bersoaljawab dengan murid untuk mengingatkan semula isi pelajaran.

9. Guru mengedarkan lembaran kerja

Lembaran kerja 

Lengkapkan jawapan dengan isipadu yang betul.

1. Sebuah jag dapat memuatkan ________________liter  air.

2. Cerek dapat memuatkan __________________ liter air.

3. Baldi dapat memuatkan  _____________________liter air.

4. Jumlah isipadu dua kotak susu adalah _______________ liter.


Isikan tempat kosong .

 1. Isipadu air dalam  jag adalah _______________________daripada isipadu dua kotak susu.

 2. Baldi dapat memuatkan lebih banyak aiar kerana saiz yang ____________________. 

3. Gelas dapat memuatkan ______________ 1liter air. 

4. Cerek dapat memuatkan ______________________ daripada jag air.

 5. Jag dapat memuatkan ________________daripada 1 liter air.

 6. Baldi dapat memuatkan ________________ liter air lebih daripada ____________,  _____________ dan _________________.

 7. Anggarkan berapa liter air dapat dimuatkan ke dalam botol air di bawah.

jawapan : _________ liter.

About these ads
Categories: Panduan
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: